ermm.. dari Bag Tangan pun orang dah boleh tahu personaliti diri anda..
Handbag atau Bag Tangan adalah aksesori yg wajib menjadi peneman kepada setiap wanita.. tak kiralah kemana di nak pergi... Kunci Rumah, Kereta, Dompet , pelbagai barang peribadi ada dalam tu... reset-reset lama pun ada dalam tu, cuba anda chek tgok..
Betul tak ada !!
OK bagi anda yang ingin menukar HangBag atau Bag Tangan yg baru, di sini kami ada Tips memilih Handbag yg SCclik.my Syorkan..
Jenis HandBag dan Fungsinya
#NO 1.
Tote Bag
Rekaan: Beg tangan jenis Tote / Tote handbag kebiasaannya berbentuk segi empat dan bersaiz lebar. Terdapat pelbagai pilihan fabrik seperti kulit, kanvas dan nilon pada sebuah beg tangan Tote.
Kegunaan: Saiz besar dan lebar Tote sesuai digunakan untuk anda ke pejabat atau ke kolej. Buku malah laptop boleh dibawa menggunakan beg tangan Tote.
#NO 2.
Hobo Bag
Rekaan: Bertali pendek dan hanya mempunyai satu zip ini dikenali sebagai beg Hobo. Saiz beg Hobo agak sama seperti beg Tote cuma ia bertali lebih pendek.
Kegunaan: Anda boleh gunakan beg Hobo sebagai aksesori harian ke pejabat, majlis kasual malah ketika membeli belah. Rekaan beg Hobo lebih eksklusif dan banyak barang anda boleh bawa didalamnya!
#NO 3. Crossbody
Rekaan: Beg silang atau crossbody dipanggil kerana ia biasanya tali beg tersebut lebih panjang dan dipakai secara bersilang. Crossbody tidak semestinya hanya bersaiz kecil ada juga yang bersaiz besar seperti beg Tote.
Kegunaan: Sesuai kegunaan harian seperti ke majlis kasual atau bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Ia senang dibawa dan tangan anda bebas daripada perlu memegang tali beg tangan.
#NO 4.
Rekaan: Beg ini diilhamkan dari bentuk uncang. Beg jenis Bucket ini mempunyai satu tali panjang untuk digalas pada bahu dan tidak mempunyai sebarang zip. Ia diganti dengan tali pengikat yang boleh diselaraskan. Saiz Bucket Beg sedikit panjang berbanding beg-beg lain.
#NO 4.
Bucket Bag
Rekaan: Beg ini diilhamkan dari bentuk uncang. Beg jenis Bucket ini mempunyai satu tali panjang untuk digalas pada bahu dan tidak mempunyai sebarang zip. Ia diganti dengan tali pengikat yang boleh diselaraskan. Saiz Bucket Beg sedikit panjang berbanding beg-beg lain.
Kegunaan: Sesuai si gadis remaja untuk ke kolej atau bersantai bersama teman-teman. Disebabkan saiz beg Bucket yang memanjang dan luas sampai kasut dan bekas makanan pun boleh muat didalamnya.
Rekaan: Bersaiz kecil dan biasanya berbentuk memanjang. Beg Clutch menggunakan butang katup berbanding zip. Perincian beg lebih kepada bertahtahkan batu permata atau sulaman. Namun ada juga beg Clutch yang bersaiz sederhana sesuai untuk anda yang mempunyai barangan untuk dibawa atau telefon pintar bersaiz besar.
Kegunaan: Beg clutch sesuai untuk anda kelihatan anggun dan sofistikated di majlis formal. Cuma yang perlu anda ingatkan anda tak boleh barang banyak barang sahaja lah..
Terima khasih luangkan masa membaca..